
|
D'owner
Let's talk with me here ![]() Big thanks ![]() Template: a Best tutorial: b Editor: shakira Other: ♥ ♥ Best view: Mozilla firefox
| Some piece.. huh?
Assalamualaikum. Ya ALLAH, kemain lamenya tak update. Seriously, sangat2 sibuk, tak cukup masa nak layan blog nie.. Kesian blog ni, alahai.. Nasib la dapat tuan yang sangat caring camni kan? hihi.. Okay2, malas nak cakap banyak. Bila dah datang idea nak tulis ape, ade pulak free mase ni, cepat2 bukak, terus update. hehe.. First, sha nak citer, last week ade seorang "abang", ermm, camane nak explain ek, dia driver kat klinik yang sha keje ni, so, sepanjang perjalanan nak sampai ke klinik, dia dengan tiba2 bagi tazkirah free kat sha.. Ermm, first, terkedu, tersentap, terkejut, tapi bila dengar luahan hati dia, Ya ALLAH, baiknya hamba-MU ini. Terima kasih kerana hadirkan dia untuk bagi tazkirah free2 kat sha.. Tazkirah ape? Okay, let's me explain.. First soalan dia yang sha ingat, dia tanya, adik dah kahwin?? OMG! Abang, sha still young okay, terlalu muda kot nak kahwin, ngehee.. Then, dia cakap, okay, good.. Abang nak peesan satu je kat adik, if one day, adik dah terbuka hati nak kahwin, abang mohon sangat, tolong cari lelaki yang boleh jaga adik, means, lelaki yang tahu AGAMA.. Nape?? Sebab, kahwin bukan kerana s*ks semata-mata, bukan menghalalkan yang haram je, tapi tanggungjawab sebagai sorang suami dan isteri TERLALU berat. Nampak mudah, senang tapi tak semudah yang disangka. Abang tu dah kahwin 13tahun tapi baru dapat seorang cahaya mata, belum ada rezeki katanya.. Subhanallah, tenang sangat mulut dia mengeluarkan perkataan tu.. Tabahnya dia dan isteri dia.. Then, sha tanya dia, nape abang tiba2 cakap pasal nie dengan sha? Yela kan, mane tak terkejut, takde angin, takde ribut, tiba2 cakap pasal kahwin kan.. huhu.. Dia cakap, takut dengan dunia sekarang, taknak cakap banyak, please jaga diri.. T_T Insya'ALLAH, sha akan jaga diri yang diamanahkan oleh ALLAH ini sebaik mungkin, sehabis baik. Thanks abang, sha akan ingat pesan abang nie sampai bila2, panduan untuk diri sha. Sha doakan abang bahagia dunia akhirat bersama isteri tercinta dan anak tersayang. May ALLAH bless you always, AMINN.. Finding another one.. Jyeaaah!
Assalamualaikum.. waaaa! Lame gilerrrr tak update kan?? Asyik online, then off.. Takde mase la sayang.. Sorry morry k? Huhu.. AKHIRNYA, setelah hampir berbulan-bulan tak update, then tiba2 keluar dengan wajah baru! My baby new look! Oyeahh! Berjam-jam jugak nak edit-mengEDIT.. Auummm! Naik putih dua2 mata, HAHA.. But, sokay la.. Demi kekasih hati. Apa jua ku sanggup terjah, huhu.. Nak share something boleh tak? Sekarang ni, rasa sunyi sangat, nak someone selalu ade bersama.. Nak ada orang yang always boleh dijadikan teman bersembang, kongsi masalah, suka duka semua tu.. Tapi sekarang wujud lagi ke istilah SAHABAT SEJATI? Macam susah je nak percaya orang2 kat sekeliling ni, bukan nak fikir buruk ke ape, tapi pengalaman membuktikan segalanya. Kekadang tu, walaupun kita dah tolong dia, dah bagi macam2, but still jugak backstabber. That's why susah dah nak percaya, tapi berdiam diri jela, takkan kita nak bagitau dia pulak kan? Kang tak pasal2 dia terasa hati, sape susah? So, moral of the story, bila ada 'kawan' tu jaga la hati masing2, jangan buat yang bukan2 belakang dia without pengetahuan dia pulak. Kata orang, kumbang bukan seekor, lalala.. Soo?? Pandai2 la nilai yang mana baik, yang mana buruk. Okay? (Tiba2 pulak ade kaitan dengan kumbang, HAHA..) Finding another one yang boleh jadi "teman pengganti". Faham tak maksud dia? Sahabat sejati sentiasa dihati. Bye! Makin hari makin sayang..
Holla! hee, sementara ade masa terluang sikit nie, meh nak share sikit, story yang tak berapa penting pun.. HAHA.. saje je kot, bosan je malam ni, tak tahu nak buat ape.. Hee.. Ape kaitan dengan pic atas tu? Kasut?? Haa, meh nak bagitau, kasut kat atas tu ade maksud disebaliknyaa.... ^_^ Ape?? Sabar sabar sabar.. Ok, maksud kasut tu ialah hati saya JATUH CINTA buat kesekian kalinya!! hee, bahagianya.. Hati saya kini dah mula bertapak di tempat saya kerja sekarang.. Aumm aumm.. Sebelum ni, macam susah je nak terima keadaan klinik, almaklum la dengan air liur patient lagi, eyyuww.. Tak pernah mimpi nak kerja kat klinik, mase kecik-kecik dulu, klinik and hospital la paling saya TAK SUKA.. Tapi sekarang, hati mula sayang sudaah.. hee.. Okay, now saya percaya kata-kata orang dulu-dulu, tak kenal maka tak cinta.. hehe, so sekarang dah jatuh cinta dengan kerja tu, so sape susah?? Ade sape-sape jealous?? hehe, ALHAMDULILLAH, saya sayang kerja saya, INSYA'ALLAH dapat buat kerja tu dengan seikhlas hati.. A big thanks to Dr. Aziana yang banyak bagi tunjuk ajar dan teguran yang membina, staff-staff yang baik hati takpernah sombong + tak kedekut ilmu dengan kitorang.. Syukur jugak dapat senior-senior yang baik + sekepala.. Patient semuanya baik-baik, tak banyak ragam, tak banyak songeh, sabar menunggu giliran.. Jasamu dikenang hingga akhir hayat saya.. ALHAMDULILLAH, saya dikelilingi insan yang sangat baik, tak sombong.. Paling penting, jangan cepat putus asa.. Okay sayang-sayang semua..? Till then bye! ^_^ Sometimes...
Hee.. Lamenya tak meluangkan masa kat sini, sorry.. Sha quite busy la sekarang, rehat pun tak cukup.. Agak kepenatan la tiap-tiap hari.. Rasa macam bukan student sekarang, tapi dah macam staff dah.. Bukan ape, maklumlaa kita student, so semestinya staff akan suruh kita buat itu ini.. Hadoii, sabor jelaa.. -.-" Hmm.. Kekadang rasa sunyi tu singgah dalam diri, nak jadi macam dulu, hidup happy je, ceria + enjoy.. Tapi sekarang....? Nak jumpa orang yang sangat memahami kita tu susah kan? Kalau nak kita memahami dia tu memang la ramai, kat bus stop pun ade orang macam tu.. Sometimes, rasa nak jadi macam sebelum ni, terkejar-kejar untuk dapatkan kita, every sec tanya khabar, mesej.. But now, masing-masing diam membisu.. Sorang sini, sorang sana.. Then, malam tidooo... Mungkin ade hikmh disebalik semua tu kan? Harap keceriaan menanti di depan sana, hee.. ^_^ Rasa nak balik kolej lagi laaa, nak jumpa kawan-kawan, rinduuu sangat.. Jumpa lagi mereka 2014 nanti, hurmm, lambatnyaa..... :'( Selagi saya mampu bertahan, saya akan kekalkannya.. Kejayaan menanti di hadapan sana. Insya'ALLAH... Pem. Pembedahan Pergigian ^_^
Tak cuba tak tahu kan? Alhamdulillah, saya dah cuba.. ^_^v Kasih ibu membawa ke syurga ^_^
Setiap insan yang hidup di muka bumi pasti mempunyai ibu. Ibu adalah
insan yang mengandungkannya dan melahirkan serta membesarkan kita
menjadi insan sempurna."Maka rasa sakit akan melahirkan anak memaksa ia (bersandar) pada pangkal pohon kurma, ia berkata: "Aduhai, alangkah baiknya aku mati sebelum ini, dan aku menjadi sesuatu yang tidak berarti, lagi dilupakan". Surah Maryam: 23. Ibu menyusukannya pula dengan penuh kasih sayang, membesarkan, mendodoikan dan menjaga anak-anak dengan sepenuh jiwa raga. Keseluruhan hidup insan akan sentiasa melibatkan ibunya. Tidak pernah putus belas kasih, sayang dan sumbangan ibu kepada anaknya sejak sebelum lahir sehingga mencecah usia insan itu pada hari ini. Darjat ibu sangat tinggi. ALLAH subhanahu wata'ala selalu berfirman di dalam al-Quran tentang kepentingan menghormati ibu dan bapa. Antaranya: "Sembahlah ALLAH, janganlah kamu mempersekutukanNYA dengan sesuatu pun dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu dan bapa kamu." - Surah an-Nisa: 36. Katakanlah: Marilah kubacakan apa yang diharamkan TUHANmu terhadapmu, iaitu janganlah kamu mempersekutukan sesuatu denganNYA dan berbuat baiklah terhadap kedua ibu dan bapa." - Surah an-An'am: 151. Tuntutan menghormati ibu dan bapa sangat penting sehingga ia sering disebutkan di dalam al-Quran secara bergandingan dengan ketaatan kepada TUHAN. Taat ALLAH, berbuat baik kepada ibu bapa. Iaitu, ia perkara yang paling penting selepas taat kepada ALLAH. Di dalam berapa surah Al-Quran adalah ditekankan mengenai dengan keperluan tuntutan anak kepada ibubapa tetapi penekanan adalah kepada ibu: "... Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada dua ibu bapanya. Ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan..." (Surah Luqman, ayat 14), "... Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya. Ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah..." (Surah Al-Ahqaf, ayat 15). Di dalam Al-Quran, seorang anak yang salleh yang tidak mempunyai bapa tetapi hanyalah seorang ibu ialah Nabi Isa AlaihiSalam. Siapa yang telah dikatakan sebagai taat kepada ibunya dan tidak menjadikannya sebagai seorang yang sombong takabbur ataupun celaka..." (Surah Maryam, Ayat 32). tengok sini Ya Allah, ampuni dosa-dosaku, ibu bapaku, serta keluargaku.. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi hambamu.. T_T Impian termakbul, AKHIRNYA! ^_^
Lalala... Lamenya x update, maaf ye sayang2 ku.. Sha xde masa nak online, sibuk dengan study.. Nah, hari ni nak bagitau, impian sha selama ni nak beli lappy pakai duit sendiri termakbul akhirnya.. ALHAMDULILLAH.. hehe.. Mungkin sha agak kuno la kalau bab2 camni, tapi who cares? Hehe, yang penting, sha dapat beli dengan duit sendiri, x susahkan abah umi.. hee.. Walaupun x seberapa, x mahal, x berjenama, tapi bila kite beli sesuatu dengan duit kite sendiri, secara automatik kite akan menghargai barang tu, betol x?? Alhamdulillah.. hehe.. 27/8/2012.. Datangnya ahli baru dalam hidup sha, hee.. Welcome to my life sayang.. :) Nak kaler pink punyer tapi xdapat, redha jela.. hihi.. Terima dengan hati terbuka.. :) counting days peeps!
Huh. Tak tahu nak luah camane, takut, gementar, tak sabar.. Sume ade la.. 4 hari je lagi nak ke sana, tak tahu la camane keadaan kat sane, untuk pertama kalinya ke negeri orang.. Rasa sayang pulak nak tinggalkan negeri tanah tumpahnya darahku nie.. KELANTAN. Sayang membuak-buak nak tinggal negeri.. Even bukan lame sangat, tapi bagi manusia2 macam sha ni, memang tak tahu nak cakap camane la.. Untuk pertama kalinya, berjauhan dengan umi abah, family jugak.. Adoi, orang lain pun belajar jugak tapi takdela macam aku.. HAHAHA.. Papepun.. Doakan yang terbaik untuk sha ye, harap takde pape yang buruk berlaku pada sha.. INSYA'ALLAH..
Julai sudah hampir!
Bismillahirrahmanirrahim..Mesti korang pelik kan nape pulak JULAI SUDAH HAMPIR..? Senang citer, let's go scroll bawah, sha malas nak merepek meraban kat sini. Tak banyak masa, ni pun tak mandi lagi, wahaha.. KO ADE? ^_^ Jom tengok.. Yeayyy! ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH.. Yippiii yippiii.. Tak tahu nak cakap camane, bertahun-tahun sha tunggu peluang nak sambung belajar, akhirnya ALLAH. dah makbulkan doa sha, syukur sangat-sangat.. Julai ni sha nak pergi penang dah, insya'ALLAH.. Selama ni ramai member-member tanya sha, bile nak sambung belajar, asyik duk rumah je kan? Ade yang pandang serong kat sha semata-semata sha tak dapat sambung belajar.. Nah, korang tengok ni, ni yang sha tunggu-tunggu selama ni, belajar under kerajaan.. Lepas habis belajar, terus dapat kerja dengan diorang.. Bukan nak bajet bagus ke hape, kita manusia tak tahu ape yang DIA tentukan untuk kita, dan kita hanya mampu rancang, usaha, doa. dan tawakkal.. Lepas tu, ALLAH yang tentukan semuanya.. Percayalah, bukan manusia yang tentukan rezeki seseorang, kita ade SANG PENCIPTA.. So, better don't judge the book by it's cover okay.. Kini sha mampu nak balas semua pengorbanan abah umi selama ni, mungkin ape yang sha dapat ni tak seberapa pun.. Tapi sha mampu tersenyum puas.. Dalam hati tak henti-henti ucap syukur ALHAMDULILLAH.. TERIMA KASIH YA ALLAH.. ALHAMDULILLAH... ^_^ INSYA'ALLAH, sha akan belajar betul-betul.. Doakan sha dapat jaga diri baik-baik kat sane, jauh dari keluarga macam-macam boleh berlaku kan?? I love u, abah umi.. :) Untuk Saya dan Awak ♥
13 Perkara yang perlu dijaga oleh wanita. 1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.) 2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah …. 3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong. (Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.) 4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka. (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. ) 5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.) 6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah. 7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)
8.
Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik
daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal
baginya. (Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)
9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31) Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.) 10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.) Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi. (Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.) 11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.) Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.) Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.) 12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.) Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu. 13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.) Riwayat Imran bin Hushain ra.: Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)
5 Trend Jahiliyah Perempuan Melayu Masa Kini
Pergi sahaja di mana-mana kita akan dapati ramai wanita masa kini yang memakai pakaian yang ketat-ketat dan mempunyai sikap tidak seperti gadis melayu. Semua orang nak berfesyen dan mengikut trend, terutama golongan wanita. Pakaian bertudung mula bertukar menjadi fesyen selari dengan peredaran masa dan dunia yang semakin moden. Tetapi kebanyakkan wanita yang dapat dilihat, pakai tudung tapi lengan terdedah, dada terdedah, kaki terdedah. Camna tu? Sedihnya ramai gadis Melayu “dijajah” semula oleh Barat dengan fesyen bertudung tetapi moden ini. Aku selalu perhatikan pemandangan yang tidak begitu indah ini sehingga aku bertanya pada diri sendiri, “kenapa?”. Mari kita kenali dulu 5 trend atau sikap wanita yang terpesong dalam zaman moden ni. 1. Pakaian Ketat, Sendat dan Terlalu Seksi
Baju kurung dan kebaya yang dipakai sangat jarang dan ketat sehingga menampakkan bentuk badan. Begitu juga seluar, blouse dan T-shirt. Ramai yang dengan bangganya mendedahkan lurah dendam “neraka” depan dan belakang. Bagi gadis remaja biasanya memakai jeans low cut sehingga menampakkan lurah semasa berjalan
atau lebih tak sanggup untuk dilihat apabila membonceng motorsikal.
Ditambah pula dengan kulit yang tak berapa licin dan berparut!
Ewwww…simpan la barang-barang privasi korang tu, takyah tunjuk-tunjuk.
2. Tudung Nampak Bayang Rambut
Ini satu lagi fesyen yang aku tak faham. Bertudung tetapi rambut terkeluar di sana sini, bayang rambut yang diikat tocang jelas kelihatan. Ada juga yang ekor rambutnya terkeluar di bahagian belakang tudung. Dan macam-macam lagi kalau aku bagi contoh. Nak tau lebih lanjut, baca ni: 8 Jenis Fesyen Tudung Pelik Malaysia dan 11 Fesyen Kontroversi Gaya Tudung Wanita Malaysia. Memang ada pelbagai fesyen tudung wanita yang tidak tahu aku nak ulas camna.
3. Pertuturan Lancang dan Ketawa Mengilai
Adalah sesuatu yang memalukan apabila melihat gadis Melayu bertudung yang tidak menjaga tutur bicara. Jenaka lucah dan perkataan kesat jadi mainan dibibir, ketawanya mengilai bak pontianak. Kadang-kadang kalau restoran tu, suaranya mengalahkan suara TV yang dipasang. Kadang-kadang tu time gelak tu terkeluar benda yang tengah dimakan, tempias sana sini. Ish ish ish wanita jenis apa la ni.
4. Bertepuk Tampar Dengan Lelaki
Persahabatan antara lelaki dan perempuan tidak dilarang agama tetapi mestilah mengikut batas yang telah ditetapkan. Kalau sudah bertepuk bertampar dan bergurau senda seperti kawan sejenis, apa yang hendak dikata? Lelaki pun satu hal gak, membenarkan dirinya ditepuk dan ditampar oleh wanita. Bukan sedap pun. Sakit wooooo.
5. Bercumbu dan Memadu Kasih Tanpa Segan
Bercumbu dan memadu kasih tanpa segan ini adalah antara sifat yang paling memalukan dan menjatuhkan maruah kita sebagai seorang Islam.
Memang dalam perkara ini kaum lelaki juga bersalah kerana menjadi
pasangan dalam aksi berahi bermadu kasih tanpa segan silu. Jika dibuat
carian ‘gadis bertudung’ di Internet, hasilnya sudah pasti aksi-aksi
kurang sopan dan seks yang dirakam secara rela atau tersembunyi.
Astagfirullah. Malu tu kan mahkota seorang wanita.
Kesimpulan
Mungkin ada yang kurang bersetuju dengan pendapat di atas. Tujuan aku bukanlah untuk mencari kekurangan gadis Melayu kerana aku sendiri punyai anak perempuan dan isteri.
Cuma rasa agak sedih dengan ciri-ciri gadis Melayu yang banyak lari
dari adab susila Timur dan ajaran Islam. Cara berpakaian ini juga antara
penyebab berlakunya jenayah seksual seperti cabul, rogol dan gangguan
seksual. Wahai muslimah, janganlah digadai maruah demi kemodenan dan
fesyen kerana yang rugi hanyalah diri sendiri. Aku minta maaf kalau ada yang terasa. Pahit untuk aku katakan, tapi pahit itu lah ubat. Untuk lelaki yang membaca ni, ingatlah, korang nanti akan ditarik oleh golongan wanita ke neraka jika bersikap dayus. Baca ni: Empat Golong Lelaki yang Dibawa Wanita Ke Neraka. Wallahualam.
Sangat2 tertarik bila baca artikel ni, jadi sha copy jugak untuk di
share dengan korang2 semua. Nak tahu sha jumpa artikel ni katne? Jenguk sini.. Chill out!
Nak ke SYURGA boleh?
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila seseorang wanita melakukan solat lima waktu, puasa Ramadan, memelihara maruahnya, dan taat suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang kamu kehendaki.” (Riwayat ) Seroang wanita memang mudah masuk ke syurga berbanding lelaki. Ini kerana, jika seorang wanita itu betul-betul follow apa yang telah ditetapkan dalam agama islam. Syurga adalah tempatnya. Berbanding dengan lelaki, banyak yang perlu ditanya sebelum masuk ke syurga, Allah akan tanya anak-anaknya, isteri-isterinya, berkenaan apa yang dibuat semasa hayatnya, jihadnya kemana dan semualah. Macam-macam lagi pertanyaan Allah. Tetapi, wanita juga yang paling ramai di dalam neraka kerana solat yang dilakukan oleh seorang wanita itu kadangkala tidak mencegah dirinya daripada perkara keji dan mungkar, wanita juga antara yang suka berpuasa, tetapi puasanya hanya dapat lapar dan dahaga sahaja, tapi masih melakukan dosa-dosa, samaada dosa kecil atau besar. Wanita antara yang susah menjaga maruahnya, masih membuka aurat, walaupun bertudung, tetapi tidak sangat mengikut tuntutan syarak dan wanita juga juga sering gagal memberi ketaatan kepada suaminya. Bagaimana dengan menjaga maruah dan taatkan suami? Dua perkara ini lebih ramai yang gagal. Maruah diri tidak dijaga sewaktu keluar kerja. Pakaian yang mendedahkan aurat boleh membawa banyak dosa lain selepasnya. Pergaulan bebas juga boleh membawa kepada dosa mulut, mata dan telinga. Mengenai mentaati suami, realitinya isteri paling ramai gagal memberi ketaatan kepada suaminya. Perintah suami mudah disanggah isteri dan kehendaknya saja yang dipakai. Layakkah mereka itu masuk syurga dalam keadaan itu? Insaflah wahai wanita yang bergelar isteri. Jangan jadikan diri anda sebagai orang yang pertama masuk ke dalam neraka. Semoga segala amalan yang kita lakukan diterima oleh Allah. Setiap umat ISLAM pasti ingin ke syurga kan? Itu juga impian saya, meskipun diri tidaklah terlalu sempurna, tapi sentiasa jugak berusaha untuk ke 'SANA' nanti.. AMINN.. :) Kesilapan Wanita Tentang Aurat?
Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?. Jawabnya seperti berikut :- KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja. KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek. KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya. KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'. KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya. KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya. KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung. KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya. Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya : "Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHKAN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31) Pengertian khumur (tudung), iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk menutup kepala. Sedang apa yang disebut ‘juyub' kata jama' (bentuk plural) dari kata jaibun, yaitu belahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh pakaian/baju. Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan dilihat oleh orang-orang yang jahat hatinya. Menurut Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi yang dimaksud perhiasan perempuan dalam ayat itu pula, iaitu apa saja yang dipakai berhias dan untuk mempercantik tubuh, baik berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut dan potongan tubuh, ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, make-up dan sebagainya. Dalam ayat di atas Allah memerintahkan kepada orang-orang perempuan supaya menyembunyikan perhiasan tersebut dan melarang untuk dinampak-nampakkan. Allah tidak memberikan pengecualian, melainkan apa yang terzahir. Oleh karena itu para ulama kemudian berbeza pendapat tentang erti apa terzahir itu serta ukurannya. Misalnya sahabat besar Nabi seperti Ibnu Abbas .a, ia berkata dalam menafsirkan apa yang terzahir itu adalah : celak dan cincin. Yang berpendapat seperti ini ialah sahabat Anas Bin Malik. Justeru, harus dilihat celak dan cincin wanita, bererti boleh dilihatnya juga kedua tempatnya pemakaiannya, iaitu muka dan kedua tapak tangan. Demikianlah apa yang ditegaskan oleh ulama Tabien seperti Said bin Jubair, 'Atha', Auza'i dan lain-lain. Bagaimanapun Ummul Mukminin Aisyah .a, Qatadah dan lain-lain menisbatkan gelang sebagai perhiasan yang boleh dilihat. Dengan demikian, maka tempat letak gelang iaitu di pergelangan tangan adalah dibolehkan jika tiada fitnah. Tetapi berkenaan batasnya dari pergelangan sampai ke siku, masih diperselisihkan. Seeloknya di jauhi dari mendedahkannya. Menurut Syeikh Al-Qaradawi juga, ini tidak sama dengan make-up dan cat-cat yang biasa dipakai oleh perempuan-perempuan zaman sekarang untuk memakai gincu dan bedak merah di pipi serta kuku. Make-up ini semua termasuk berlebih-lebihan yang sangat tidak baik, yang tidak boleh dipakai kecuali di dalam rumah. Sebab perempuan-perempuan sekarang memakai itu semua di luar rumah, adalah untuk menarik perhatian laki-laki. Jadi jelas hukumnya adalah haram. Namun, kiranya sesempurna mungkin seorang muslimah harus bersungguh-sungguh untuk menyembunyikan perhiasannya, termasuk wajahnya itu sendiri kalau mungkin, demi menjaga meluasnya kerusakan dan banyaknya kefasikan di zaman kita sekarang ini. Lebih-lebih kalau perempuan tersebut mempunyai paras yang cantik yang sangat dikawatirkan akan menimbulkan fitnah. "Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya." (an-Nur: 31) Ini lebih diredhai di mata Rasulullah SAW. Kesemua jenis berpakaian yang disebut tadi adalah diharamkan secara sepakat seluruh Ulama Islam. Pengarahan ini tertuju kepada perempuan-perempuan mu'minah, dimana mereka dilarang keras membuka atau menampakkan perhiasannya yang seharusnya disembunyikan, misalnya: perhiasan telinga (anting-anting), perhiasan rambut (sanggul); perhiasan leher (rantai), perhiasan dada (belahan dadanya) dan perhiasan kaki (betis dan gelang kaki). Semuanya ini tidak boleh dinampakkan kepada laki-laki lain. Mereka hanya boleh melihat muka dan kedua tapak tangan yang memang ada rukhsah untuk dinampakkan. Amat jelas dari dalil al-Quran dan al-Hadith bahawa Islam mengharamkan perempuan memakai pakaian yang membentuk dan nipis sehingga nampak kulitnya.Termasuk diantaranya ialah pakaian yang dapat menampakkan bahagian-bahagian tubuh, khususnya tempat-tempat yang membawa fitnah, seperti: buah dada, paha, dan sebagainya. Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat , rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian ." (Riwayat Muslim) Mereka dikatakan berpakaian, karena memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup aurat, karena itu mereka dikatakan telanjang, karena pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof Al-Qaradawi) ‘Bukhtun' adalah salah satu macam daripada unta yang mempunyai kelasa (punuk) besar; rambut orang-orang perempuan seperti punuk unta tersebut karena rambutnya ditarik ke atas. Disebalik keghaiban ini, seolah-olah Rasulullah melihat apa yang terjadi di zaman sekarang ini yang kini diwujudkan dalam bentuk dandanan rambut, dengan pelbagai macam bentuk dalam salon-salon kecantikan, lebih parah pula apabila kaum lelaki pula yang bekerja di salon seperti ini LARANGAN NIPIS Saidatina Aisyah .a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma' binti Abu bakar pernah masuk di rumah Nabi dengan berpakaian jarang sehingga tampak kulitnya. Kemudian baginda SAW berpaling dan mengatakan: "Hai Asma'! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh (cukup umurnya), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini -- sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya." (Riwayat Abu Daud) Walaupun terdapat perawi lemah dari hadis, tetapi diperkuat dengan hadis-hadis lain yang membolehkan melihat muka dan dua tapak tangan ketika diyakini tidak akan membawa fitnah. Dr Yusof Al-Qaradawi menegaskan bahawa melihat secara normal kepada wanita atau lelaki, kepada selain aurat, selama tidak dilakukan dengan syahwat dan berulang-ulang, hukumnya adalah halal. (Al-Halal Wal Haram Fil Islam) KESALAHAN KESEMBILAN : Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan. Diriwayatkan dalam sebuah Hadith :- " Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya)." (Riwayat Al-‘Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no 41245) . Menurut Imam Mujahid, hadith ini berlaku di satu ketika ada seorang wanita jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya, maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu sebagai respon Rasulllah SAW memuji dan menyebut hadith di atas. (Al-Bayan wa At-Ta'rif, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no 1831) Berdasarkan dalil ini juga, bermakna Allah sentiasa melaknati wanita yang tidak berseluar panjang (di sebelah dalamnya) semasa naik kenderaan. Demikian menurut kaedah Mafhum Mukhalafah di dalam ilmu Usul Fiqh. KESALAHAN KESEPULUH : Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. sama ada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yang sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaja ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya..kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan. Larangan ini datang dari Firman Allah SWT : "Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit." (al-Ahzab: 32) TUJUAN TUNTUTAN MENUTUP AURAT Berdasarkan dalil Al-Quran dan al-Hadith, amat jelas bahawa isu aurat bukanlah isu remeh dan cabang. Ia adalah termasuk dalam katergori hukum qati'e dan usul. Malah ia juga merupakan salah satu dosa utama yang amat diperjuangkan oleh Syaitan. Ini adalah kerana, dengan terbukanya aurat, maka ia boleh mencambahkan dosa-dosa lain seperti zina, mengandung anak luar nikah, bercerai suami isteri akibat curang, membunuh anak luar nikah, putusnya hubungan keluarga dan pelbagai lagi. Perihal Syaitan mensasarkan dosa 'buka aurat' ini sebagai dosa pilihan utamanya ada disebutkan dalam Al-Quran dari firman Allah ertinya :- " Maka Syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya yang tertutup dari mereka iaitu auratnya .." Al-A'raf : 20) Ringkasnya, antara tujuan utama diwajibkan umat Islam lelaki dan wanita untuk menutup aurat adalah :- a) Perbezaan dengan binatang. Allah SWT berfirman : " Wahai anak Adam, telah kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh menutup aurat-aurat kamu dan untuk perhiasan" (Al-A'raf : 26) Amat jelas dari ayat ini, penutupan aurat ditujukan kepada sesiapa sahaja yang termasuk dalam kategori anak Adam iaitu manusia. Justeru barangsiapa yang berpaling dari arahan ini, secara langsung ia menjatuhkan tahapnya selari dengan binatang yang tiada cukup kemampuan dan aqal bagi menjalankan arahan penutupan aurat. b) Agar kaum wanita tidak disakiti Ia berdasarkan ulasan yang telah dibuat sebelum ini bersandarkan firman Allah SWT dari surah Al-Ahzab ayat 59. c) Tanda atau seperti uniform kepada penganut agama Islam. Ia juga boleh difahami dari surah Azhab ayat 59 tadi apabila Allah SWT menyebut : « .. yang saudara/i; demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam).. » Dari sini jelas, menunjukkan salah satu fungsi tutupan aurat juga adalah sebagai syiar diri sebagai penganut Islam. Firman Allah : « Barangsiapa yang membesarkan syiar Allah maka ia adalah dari tanda ketaqwaan hati » d) Tanda profesionalism dalam sistem pemakaian Islam . Kita dapat memerhati bagaimana ‘trend' sesebuah organisasi atau restoran hebat hari ini pasti meletakkan ‘dress code' tertentu bagi kakitangannya dan para tetamunya. Ia pastinya bertujuan penjagaan standard khas bagi organisasi dan restoran itu di tahap tertentu. Sebagai contoh, kita tidak akan dapat melihat individu berselipar Jepun di sebuah Persidangan Antarabangsa di PICC, Putrajaya mahupun di kalangan kakitangan PETRONAS di pejabat mereka di Menara Berkembar. Semua menjaga ‘standard' berbanding Tauke kedai runcit yang tidak beruniform. Justeru, Islam adalah satu agama dan cara hidup yang profesional pastinya begitu lengkap menyediakan panduan melengkapi setiap sudut kehidupan manusia. Dari hal-hal yang sulit seperti urusan di dalam tandas hinggalah ekonomi dan kenegaraan. Walaupun demikian, Islam tidak mengarah umatnya membuat perkara yang tidak rasional, justeru, sudah tentu ‘standard' pemakaian yang diletakkan ini tidak membebankan bahkan ia amat bertepatan dengan logik aqal manusia yang sihat. e) Sebagai ujian bagi manusia untuk melihat tahap ketaatan mereka kepada Allah SWT. Hal ini amat jelas, dari firman Allah ertinya : "Dijadikan hidup dan mati adalah untuk menguji siapakah yang terlebih baik amalannya" (Al- Mulk : 2) Kaum wanita perlu menyedari bahawa dengan pembukaan auratnya, setiap lelaki yang melihatnya akan memperoleh dosa setiap kali ia memandang. Tetapi yang beratnya adalah si wanita bukan mendaat satu dosa bagi kesalahan itu, tetapi juga meraih setiap dosa semua lelaki yang memandangnya. Bayangkanlah berapa banyak dosa yang diperolehi hanya dengan pembukaan aurat di satu hari. Ia berdasarkan sabda Nabi SAW... " Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya.." ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih ) Termasuklah dalam erti mempelopori, apabila seseorang itu mempelopori pembukaan auratnya di hari itu, yang menyebabkan lelaki melihatnya mendapat dosa. Pastinya, si wanita itu juga mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata yang memandang. Adakah hati orang sebegini boleh dikira baik setelah gunungan dosa mengaratkan hatinya? Sesungguhnya Allah itu maha adil dan maha pengasih. Segeralah mendapatkan kasih sayang Allah dengan mentaatinya. Bagi yang berdegil, tiada kata yang dapat diberikan kecuali ; Yakinilah bahawa Allah itu benar, RasulNya juga benar, Syurga dan Neraka juga benar. Jika mempercayainya maka mengapa tindakan masih seolah meraguinya? sini Terjumpa artikel ni kat HOME FB, so sha nak jugak share dengan korang semua.. Masing-masing ambil perhatian ye.. :) Okay, saya tak lupa diri
Tak tahu nak cakap macam mane, cume nak ucap, tq tq tq tq and tq.. Tu je.. Saya manusia biase yang tak sempurna, saya tahu saya tak cantik macam perempuan lain, tak sepandai perempuan lain, saya tak pandai bergaya macam perempuan lain, say hanya seorang GADIS KAMPUNG yang tak berpendidikan tinggi macam perempuan lain.. ALHAMDULILLAH, umi saya tak pernah ajar saya untuk lupa diri, dimana asal usul saya, bagaimana taraf hidup saya.. Tak semewah orang lain.. Tapi, saya pun ade perasaan, ade rasa sedih, happy, bahagia, kecewa and bla bla bla.. Mungkin zaman sekarang, semua tu tak dinilai oleh manusia, yang dipandang hanyalah rupa paras, taraf hidup, dan paling penting, WANG RINGGIT.. Setuju atau tak, itulah fakta.. Tapi kita sebagai seorang manusia tidak mampu melawan TAKDIR.. Ape yang DIA aturkan, itulah yang kita akan lalui, meskipun kita telah merancang bertahun-tahun.. Apa yang berlaku, banyak memberi pengajaran pada saya, hidup tak semudah yang disangka.. Hanya ALLAH YANG MAHA MEMAHAMI je tahu ape yang terbuku dihati.. Okay sudah puas membebel, nak out dulu.. Hehehe.. Bye sayang-sayangku.. Assalamualaikum.. Sedar dimana diri berdiri, dimana asal usul, dan dimana taraf hidup kita.. ALHAMDULILLAH, saya tak lupa diri.. :) Alhamdulillah, ini rezeki sy.. :)
Okay, sambungan dari entri yg lepas. Hehe.. Tu pun kalau korang baca.. Huihui~ Take time la nk update, masa agak kesuntukan.. Hurm.. Tapi pape pun, hari ni curik jugak masa nak update.. Hehe.. ^_^ Bagi awak awak yg tak baca lagi entri yg lepas, jemput sudi-sudi la baca ye.. Hehe.. Okay, nak tanya sikit, korang pernah terima panggilan temuduga tak? Err, tak kisah la temuduga pape pun, pernah tak pernah tak? Hee, actually sha paling BOSAN bila sampai je surat panggilan temuduga kat rumah.. Nape? Sebab bila dapat je panggilan temuduga, WAJIB study macam nak amik exam SPM balik je.. Pastu, siap dengan berdebar, dup dap dup dap.. Malam tu confirm la tak lena tido kan.. Adoii~ Nak tengok surat-surat tu tak? Nie haa... Ayat macam tak leh blah.. Kekeke... :D Okay, yang ni first panggilan temuduga yang sha dapat.. Tahun 2010. Yang sha dapat hari tu, untuk LATIHAN JURURAWAT dan satu lagi LATIHAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN.. Nah, yang ni interview dia betul-betul kena speaking.. Hadoii~ Macam tak dapat nak terima kenyataan je bila kena speaking LONDON ni, HAHA! Tapi bila keluar je result dia, sha gagal.. Hurmm.. Siyess hari tu memang takde mood, sebab memang nak sangat-sangat jadi NURSE.. Hehe.. ^_^ Yang ni pulak, second interview.. Untuk LATIHAN PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN.. Tapi yang ni memang baruuu je, bila?? Okay, yang ni pada 14/3/2012, bulan lepas la kan.. Yang ni satu hal, kena speaking jugak, hari tu sha ditemuduga oleh 2 orang pegawai, nak tahu dia tanya ape? Yang sha paling ingat, dia tanya, "APAKAH MAKSUD FLORIDA?" Fuyyoo! Soalan yang sha tak tahu langsung jawapan dia, maka dengan itu, dengan senang hatinya sha jawab, "FLORIDA IALAH BAKTERIA DALAM MULUT." HAHAHA! Maka dengan itu jugak diorang gelak kan sha.. HAHA! Mane laa aku tahu, aku tak study lagi kott.. HAHA! Tapi jawapan yang sebetulnya, "FLORIDA IALAH CECAIR YANG MELINDUNGI GIGI DARIPADA BAKTERIA DALAM MULUT." Hadoi~~ Sabor jela.. Dan yang ni pulak, sha baruu je dapat 3minggu yang lepas.. Ape?? Okay, yang ni temuduga untuk jadik PEGAWAI IMIGRESEN.. HAHA! Sha sendiri dah lupa, bila masa pulak apply untuk jadik pegawai imigresen ni haa.. Tapi yang ni sha tak pergi pun, nak tahu nape? Sebab syarat-syarat dia berat sangat.. Bagi sha la, bagi orang lain tak tahu la.. Sebab sha sangat-sangat tak aktif sukan.. -,-" Nak tahu ape syarat-syarat dia? Tengok bawah. 1 : Calon hendaklah mempunyai BODY MASS INDEX diantara 19-29.9. 2 : Larian 2.4 KM (lelaki - 14minit) (wanita - 17minit) 3 : Bangun tubi dlm masa 2minit (lelaki - 30kali) (wanita - 28kali) 4 : Lari ulang alik (lelaki - 11saat) (wanita - 13saat) 5 : Lompat jauh berdiri (lelaki - 215 sm) (wanita - 162 sm) Okay, sejujurnya, sha tak kuat nak lalui syarat-syarat dia.. Tak lasak.. :( Mungkin bagi orang yang aktif sukan, syarat ni biase je, tapi agak luar biase bagi sha.. MUAHAHA! And the last one! ^_^ ALHAMDULILLAH! Akhirnya kite dapat untuk LATIHAN PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN.. Syukur sangat-sangat.. Tak sangka dapat.. FUIFUI~ Dan mohon kawan-kawan doakan yang terbaik untuk kite ek.. :) AKHIRNYA.. terjawab segala persoalan aku selama ni, betapa besarnya kuasa-MU TUHAN.. ALHAMDULILLAH.. ^_^ Alhamdulillah.. ^_^
Bismillahirahmanirrahim.. Hihi.. Agak bersemangat nak update entri kali ni.. Lalala.. Hehe.. Gedik sikit je pun, xpe kan kan kan? Hee.. Nak tahu nape? Hurmm, actually hari ni sha agak malas sikit, so, malas nak print screen kan.. Next entri sha tunjukkan nape ye sayang-sayang.. Hehe.. Okay, nak story sikit, semalam, 4/04/2012, i've got GOOD NEWS! Hee.. So, tergerak hati nak kongsi dengan korang sal ape.. Hehe.. Tapi xleh story lebih-lebih lagi sebab abah sha pun xtahu lagi, mau kasi suprise kat dia.. Hehe.. Semalam, sha berFB seperti biase la kan.. Pastu tergerak hati nak check email, hehe.. Pastu bile tengok inbox, dalam banyak-banyak email, sha TERTENGOK satu email yang sgt-sgt menarik perhatian sha.. Then, bile sha bukak je email tu, dengan hanya bukaka sebelah mata je, sha baca content email tu, dengan senang hati dan tibe-tibe, mulut sha menyebut ALHAMDULILLAH.. Syukur sgt-sgt.. Hehe.. Sesuatu yang sha tunggu selama ni, tiap kali solat sha doa, minta dipermudahkan segalanya.. Tiap-tiap malam sha solat hajat, dan akhirnya tu yang sha dapat, alhamdulillah.. Syukur.. Adui~ Nak tahu ape? Continue follow entri sha, next entri sha gitau k.. I LOVE U! Terima kasih Ya ALLAH sebab dah makbulkan doa sha, betapa besarnya kuasamu TUHAN.. Terbukti dunia ini adil dibawah kuasamu.. Sujud syukur kepadamu TUHAN atas segala pertolonganmu, semua doaku yang telah dimakbulkan.. terima kasih TUHAN.. Nape awak tiru sy? T_T
Nape dengan entri kali ni? Hurmm.. Actually, nak marah pn ade, geram pun ade, sakit hati pun ade, sedih pun ade.. Semua la senang kan.. T_T Nape?? Nak story sikit, xkisah ape korang nak cakap, nak luah jugak prerasaan dalam ni.. Actually ade sorang hamba ALLAH ni, dia tiru semuaaa yang sha buat.. Ape?? Hurm.. Cara sha dressing, cara sha pakai tudung, cara sha post kat facebook.. And and and, cara sha edit blog.. Sha sangat-sangat tak suka sebenarnya bila ade orang tiru hasil keje sha.. Nak tahu sape? Herm, better biar sha je yang tahu, xnak la burukkan name orang sini pulak kan.. XBAIK OKAY! To Her : My dear, actually sha xtergamak nak bagitahu awak yang sha xsuka awak tiru semua yang sha buat.. Tapi pleasee jangan sampai sha nampak semua yang awak tiru tu.. Awak xpayah la nak tiru sha, sha bukan artis, orang biase macam awak jugak.. Awak kena ade identiti sendiri, jangan jadi mangsa plak.. Jadi diri sendiri is better right? Pleasee, sha tahu awak selalu follow blog sha.. Pleasee ye, paham2 la, sha sayang semua kawan-kawan sha.. Sha xtegor sebab xnak awak terasa.. Tu je.. Ye sayang? Cuba la jadi diri sendiri, berdiri atas nama sendiri, bukan hidup dengan identiti orang.. Tips kuruskan badan
1. JANGAN BERLAPAR Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi 2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman. 3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak. 4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh. 5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air. 6. AMBIL SARAPAN PAGI Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori. 7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan. 8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam. 9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak. 10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda. 11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda. 12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula. 13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah. 14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet 15. Ambil makanan yang berempah Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak. 16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak. 17. Simpan Satu Diari Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan. 18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan. 19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan. 20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan! 21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi. 22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya. 23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik. 24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori. 25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha. PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING Berat yang Berlebihan Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkannya. 26. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda. Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun. 27. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur. 28. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing. 29. Nak Turunkan Berat Badan Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu 30. Badan Langsing Selepas Bersalin Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut : Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis. Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis. Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang. 31. Mengurangkan buncit Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi. 32. Mengempiskan Perut Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba 33. Kempiskan Perut Anda Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik. Okay, sha jumpa tips yg terbaik nie kat sini haa.. Rajin2 usha la ye.. klik sini Actually, sha dalam mood diet, tu yang semangat cari info2 camni.. kalau x, hareemm nak baca.. HAHA.. Posisi tidur menurut ISLAM dan SAINS
Diriwayatkan daripada Barra’ bin ‘Azib r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Maksudnya: “Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu. (Hr Bukhari dan Muslim) Hadis ini mengajar kepada umat Islam supaya baring pada lambung kanan. Adapun tidur dengan cara yang lain adalah seperti berikut:- Tidur dengan meniarap Dr Zafir al-Attar berkata: “Seseorang yang tidur meniarap di atas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gumpalan belakang badan yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak.” Pengkaji dari Australia telah menyatakan bahawa berlaku peningkatan kematian kanak-kanak kepada tiga kali ganda apabila mereka tidur meniarap dibandingkan jika mereka tidur di lambung kanan atau kiri. Majalah ‘Times’ telah menyatakan bahawa kajian di Britain telah menunjukkan peningkatan kadar kematian mengejut kanak-kanak yang tidur meniarap. Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda: Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi) Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata: Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah) Tidur menelentang Dr Zafir al-Attar berkata: Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan mereganngnya rahang bawah. Sepatut dan seeloknya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu2 dan hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan untuk memanaskan udara. Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya menyebabkan radang. Tidur mengiring ke kiri Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri. Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih2 lagi kepada orang yang sudah tua. Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung. Perbandingan diantara tidur mengiring ke kanan dan tidur mengiring ke ke kiri Kajian yang telah menunjukkan bahawa makanan yang lalu daripada perut kepada usus berlangsung di antara 2.5 hingga 4.5 jam apabila orang yang tidur mengiring ke kanan. Manakala orang yang tidur mengiring ke kiri memerlukan masa di antara 5 hingga 8 jam bagi proses yang sama. Tidur yang terbaik Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek di atasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman. credit : PPPB Ingat senang ke nak tidur? ade jugak tatatertib dia tau.. :) Tazkirah dari Ustaz Azhar Idrus.. :)
Meletakkan Status "IN A RELATIONSHIP WITH" Apakah makna yang tersirat di sebalik status "in a relationship with"? Adakah ia haram atau merupakan satu andaian "ZINA INTERNET"? Soalnya salahkah? Kenapa pula benda macam ni pun nak dijadikan isu? KERANA KAMU ADALAH CINTA HATIKU "In a Relationship With" sama maksud dengan "bercouple dengan" atau "bercinta dengan". Tak kisahlah couple islamik atau tidak. Biasanya yang buat status ini mungkin : 1. Jujur 2. Suka berterus terang 3. Tak nak orang lain ganggu pasangan dia 4. Serius sangat dalam perhubungan mereka 5. Bangga dapat bercouple dengan si dia 6. Nak tunjuk dekat semua orang bahawa dirinya sudah berpunya 7.Atau mungkin ada jawpan mereka yang tersendiri Anda boleh pilih, anda yang mana satu? KELIRU DENGAN ISTILAH "IN RELATIONSHIP" Kalau golongan alim berkata "bercouple tu berzina" pasti ramai yang melenting! "Ape pasal pulak?????" "Ah!!! Sudah! Tak abes-abes nak menghukum tak tentu pasal" "Jumud! Sempitlah pemikiran kau ni. Bercouple je, bukannye buat ape pun" "Alimlah sangat. Tu dah melebih. Banyak lagi perkara-perkara wajib yang lain kita boleh sebarkan. Pasal status ni pun nak kecoh!" Kalau yang versi bernada baik : "Ish ish ish..Takkan laa sampai status 'in a relationship with' pun kita nak teruskan isbatkan sebagai zina. Boleh jadi 'in a relationship' tu dah bertunang ke, dalam proses bertunang ke. Berhati-hati la dengan was-was syaitan. Walaupun niat asal kita baik, tapi jika tak berhati-hati, kita terjebak dengan tipu daya syaitan akibat sikap melampaui batas. Semoga Allah sentiasa memberi petunjuk kepada kita. Allahu a'lam" Apa pendapat anda? Anda rasa bagaimana? Salahkah? FAHAMILAH : ISLAM ITU CANTIK Isunya,kita semua sudah sedia maklum rata-rata pengguna FB meletakkan status "in a relationship with" adalah bercouple di usia remaja. Lingkungan umur seawal usia 7 tahun (darjah 1) hingga 30-an (dah bekerja tapi belum kahwin lagi). Peringkat umur seawal 8 tahun hingga 20-an adakah golongan yang sedang dalam proses berkahwin?Sudah mampu untuk berkahwin? Sudah bersedia untuk berkahwin?Serius untuk berkahwin atau sekadar suka-suka?Wallahualam.. Dan cuba anda kaitkan : Kenapa Islam suka sangat "menjaga tepi kain" umatnya?Kenapa Islam terkenal dengan ayat 32 surah al-israa “Janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya itu adalah perbuatan yang keji, dan itu adalah perbuatan yang buruk”?Bukankah bercouple mendekati dan menghampiri zina?Bukankah kaedah mencegah lebih baik daripada merawat? “Bermula dengan ruang chatting di internet, bertukar-tukar mesej prihatin dan nasihat, berpindah kepada ungkapan sayang dan perhatian, naik taraf kepada lonjakan keinginan untuk bertemu, dimulakan dengan makan minum mengambil angin, diuji dengan sentuhan tangan dan berakhir dengan ZINA.” MANA SATU YANG WAJIB? "Alimlah sangat. Tu dah melebih. Banyak lagi perkara-perkara wajib yang lain kita boleh sebarkan. Pasal status ni pun nak di jadikan isu!" Apakah yang dimaksudkan dengan perkara-perkara yang "wajib" disebarkan? Ilmu akidah? Solat? Soal ketuhanan dan keimanan? Ibadah? Adakah hanya menyebarkan ilmu dan perkara-perkara yang wajib hanya tanggungjawab si alim? Pernah dengar istilah "zina hati" tak? "Apabila kita asyik merindui pasangan kita, sentiasa berfikir mengenainya, kecantikannya, ketampanannya, sifat penyayang dan keramahannya, kelembutannya dan betapa kecintaan kita kepadanya, atau kecintaannya kepada kita, maka zina telah berlaku, walaupun tidak bersua dari segi pancaindera. Semua itu menimbulkan bintik hitam dalam hati kita". Allah memerintahkann kita, supaya jangan mendekati, bukan jangan buat. Maksudnya, nak dekat pun tak boleh, apatah lagi buat. Mencegah lebih baik daripada merawat. Di sinilah zina hati menjadi perkara yang besar untuk kita, kerana zina hati adalah kesan dari kita mendekati zina. Bagaimana, anda setuju? Berlapanglah dada untuk sama-sama menginsafi. Bukankah Islam itu sangat baik, sangat menjaga umatnya walau seremeh-remeh perkara? ZINA : MENGELAK FITNAH Pertanyaan : "Adakah jatuh zina ke atas individu yang menukarkan status daripada "single" kepada "in a relationship with" jika dia punya reason tersendiri? Atas niat untuk mengelakkan diri daripada lalai dan alpa dengan menggunakan status "single" mahupun "in open relationship". Jadi bakal pemimpin yang akan memimpin bahtera kelak lebih bersedia, berjaga-jaga dan berwaspada daripada sebarang godaan. Bermakna bagi mereka, status-status tersebut membutakan mereka terasa yang mereka punya komitmen dan memikul tanggungjawab untuk memperbaiki diri menjadi yang lebih baik supaya lebih bersedia kelak". Sama juga. Jika masih "berdegil" dan obses sangat untuk menggunakan status "in a relationship with" mahupun "open relationship", silakan. Tapi, macam biasa. Hidup mesti berprinsip. Bebas tidak bermakna terbabas. Perlu melihat kepada niat, waqi' (situasi semasa atau tempat) dan kemudharatan, adakah fitnah akan berlaku? LANGKAH PALING BIJAK 1. Tak payah letak apa-apa status. 2. Pandangan anda? Mohon maaf jika ada bahasa yang agak kasar dan kurang menyenangkan..bukanlah niat untuk menyalahkan sesiapa dalam hal ini.Sekadar ingin memberi nasihat dan peringatan sahaja...Semoga kita semua berusaha untuk menjadi manusia yang berjaya dalam menggapai redha ilahi.Insyallah. Jom berdakwah! Saling ingat mengingati dengan SHARE kepada rakan-rakan anda. Semoga ia menjadi rantaian pahala kepada kita semua. InsyaAllah.. Artikel nie diambil dari page USTAZ AZHAR IDRUS di acc facebooknya.. ![]() |