D'owner
Let's talk with me here Big thanks Template: a Best tutorial: b Editor: shakira Other: ♥ ♥ Best view: Mozilla firefox
| Berapa nilai kasih ibu?
Ini adalah kisah mengenai Nilai kasih Ibu Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya. Kos upah membantu ibu: Tolong pergi kedai $4.00 Tolong jaga adik $4.00 Tolong buang sampah $1.00 Tolong kemas bilik $2.00 Tolong siram bunga $3.00 Tolong sapu sampah $3.00 Jumlah : $17.00 Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama. Kos mengandungkanmu selama 9 bulan PERCUMA Kos berjaga malam kerana menjagamu PERCUMA Kos air mata yang menitis keranamu PERCUMA Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu PERCUMA Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu PERCUMA Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku : PERCUMA Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'Telah Dibayar' pada mukasurat yang ditulisnya. seorang ibu tidak pernah meminta segala jasanya dibayar kerana yang pasti semua itu tidak mampu dibayar oleh seorang anak meskipun seorang Jutawan :) i love u umi! |